Hari ini, ramai wanita telah memakai tudung dan trend terkini pemakaian tudung adalah instant shawl atau tudung segera. Jom baca
mengenai instant shawl dan mengapa ia amat praktikal untuk wanita hari ini.
Apa kelebihan instant shawl?. Banyak, di antaranya:
- Mudah dan cepat untuk dipakai
- Menjimatkan masa si pemakai
- Tudung tampak lebih kemas di kepala
- Bentuk awning tudung pun tak perlu di adjust sepanjang masa, sebab lapisan tudung sudah dijahit pada kedudukan yang tetap
- Senang untuk di seterika, sebab hanya tumpukan pada bahagian luar tudung sahaja
- Tiada lagi rasa tercekik akibat belitan tudung yang ketat
- Less pins / brooches sebagai pelakon tambahan
- Tiada lagi tudung senget, belakang panjang/pendek dari depan, pendek kata semuanya kelihatan perfect
Ok, itu kelebihannya, jom kita tengok jenis-jenis instant
shawl pulak. Ada banyak jenis, tetapi kali ini kita tumpukan kepada kategori jahitan instant shawl kerana ia
adalah key point kepada pembuatan instant shawl.
1. Instant Shawl yang hanya dijahit bawah dagu.
Yang ini masih kena lilit kain selebihnya
ke atas kepala dan perlu letak pin di sebelah pipi montok. Daripada gambar sahaja, adalah sukar untuk kenalpasti samada ia
jahit di bawah dagu atau tidak, so sebelum beli tanya penjual dulu apakah jenis instant shawl tersebut
2. Instant Shawl Jahit keliling
Semua telah di jahit, tinggal sarung saja.
Kalau nak pakai pin atau brooch pun, boleh pakai di atas bahu kiri atau/dan kanan
supaya shawl tak ke hulu ke hilir melambai-lambai tatkala ditiup angin.
Jahit Keliling Paddle Pop |
Shawl ini agak mengelirukan kepada first timer
yang ingin memakainya. Walaubagaimanapun, trick memakainya adalah anda perlu tahu di mana bahagian bawah dagu shawl tersebut, seterusnya sarung ke muka,
kemudian sarung sekali lagi bahagian luarnya.
4. Instant shawl dengan inner
Inner merujuk kepada anak tudung. Selalunya
instant shawl yang memerlukan inner, bukaan mukanya dijahit dijahit agak luas. Jadi jika anda
jumpa instant shawl yang mukanya gedobos tika disarung, itu tandanya anda
memerlukan anak tudung di dalam.
Jahit Keliling Bunga-bunga |
Ya, untuk mengenal instant shawl senang saja.
Jika anda melihat ada lebihan kain atau juntaian kain di salah satu sisi
tudung, maka ia adalah di kira instant shawl.
Semoga panduan ini dapat membantu anda memilih instant shawl
yang bersesuaian dan tidak pening-pening kepala lagi terutama kepada yang baru
dan sedang berjinak-jinak untuk memakai tudung.
Instant Shawl Satu Lapis |
Gambar adalah ihsan Google.com
Semua isi kandungan artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, dan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau telah tiada. Asaryna Creation. 1 Februari 2015.
kalau boleh tunjuk cara style instant shawl lagi best ... boleh minta review just you utk instant shawl mereka?
ReplyDelete