Wednesday, 3 August 2016

4 Cara Mudah Menghasilkan Skirt Labuh

Skirt labuh memang tengah in trend sekarang. Boleh di matchy-matchy dengan blouse, kebaya atau kurung juga. Sebenarnya mudah saja untuk menjahit skirt labuh. Sesiapa saja boleh menghasilkan skirt idaman sendiri walaupun seumur hidup anda tak pernah pun pegang jarum menjahit.
So apa resepinya? 

Haaa...anda cuma perlu ada keinginan yang luar biasa dan senyuman manis semanis honey untuk menyiapkan sehelai skirt yang mempunyai acuan badan dan sytle yang anda tentukan sendiri. 
So nak cuba tak? 
Tengok tutorial yang kami sediakan untuk anda di bawah

1.   Sediakan ramuannya
Kain 2 meter dan  getah pinggang berukuran 1 inci, benang berwarna mengikut warna yang paling dominant dalam corak kain yang dipilih.


Boleh pilih kain cotton/spandex atau lycra, chiffon dan sebagainya. Contoh di atas kain cotton.
2.       Ambil Ukuran
Ukur  pinggang dan punggung. Tambah 1 inci sebagai basi (ruang untuk lebihan jahitan)
Tips: Jika mengambil ukur lilit, pastikan bukan ngam2, lebihkan sedikit ukuran satu jari untuk keselesaan memakai. Kemudian bahagi 2 ukuran tersebut dan baru tambah basi.

Ukur labuh skirt yang diperlukan. Tambah 2 inci sebagai basi. 
Tips: ukur dari pinggang hingga ke tumit untuk skirt yang sedang elok tidak labuh dan tidak juga       senteng. Minimum lebar skirt di bahagian paling bawah adalah -----> ukurlilit punggung + 12 inci.



                                                   Pic 1:  Lokasi ukuran yang perlu diambil

3.  Gunting kain 
 Gunting 2 keping kain mengikut ukuran yang telah di ambil. Rujuk gambar ukuran tu ya.. (pic 1)


Pic 2:  Jahit sepanjang dotted line tu

                                            

4. Jahit (jahit mesin atau tangan pun boleh)

Jahit di kiri dan kanan kain sepanjang dotted line macam dalam pic 2. 
Kemudian jahit getah di pinggang kain pic 3 . 
Lipat kain ke dalam sepanjang dotted line. Lepas tu letak getah dan bungkus getah dalam kain dan jahit di sepanjang pinggang. Tengok gambar kain hijau tu dalam pic 4.


 Pic 3 : lipat kedalam kain dan masukkan getah


Pic 4: Jahit sepanjang dotted line merah tu. Kasi bungkus sama itu getah la.. 



Last sekali jahit kaki kain (sama macam menjahit getah, kelim atau lipat 0.5 inci kedalam dan jahit).
nota: kalau tak faham boleh tanya di comment box 

Walllaaa.. siap skirt diy mudah 5 cara dan dah boleh melaram... yeay!!!

sumber: Google 


This tutorial is made by Asaryna Creations. All right reserved.
27 July 2016

Friday, 12 February 2016

Kenali Instant Shawl

Hari ini, ramai wanita telah memakai tudung dan  trend terkini pemakaian tudung adalah  instant shawl atau tudung segera. Jom baca mengenai instant shawl dan mengapa ia amat praktikal untuk wanita hari ini.


Apa kelebihan instant shawl?.  Banyak, di antaranya:

  • Mudah dan cepat untuk dipakai
  • Menjimatkan masa si pemakai
  • Tudung tampak lebih kemas di kepala
  • Bentuk awning tudung pun tak perlu di adjust sepanjang masa, sebab lapisan tudung sudah dijahit pada kedudukan yang tetap
  • Senang untuk di seterika, sebab hanya tumpukan pada bahagian luar tudung sahaja
  • Tiada lagi rasa tercekik akibat belitan tudung yang ketat
  •  Less pins / brooches sebagai pelakon tambahan
  • Tiada lagi tudung senget, belakang panjang/pendek dari depan, pendek kata semuanya kelihatan perfect


Ok, itu kelebihannya, jom kita tengok jenis-jenis instant shawl pulak. Ada banyak jenis, tetapi kali ini kita  tumpukan kepada  kategori jahitan instant shawl kerana ia adalah key point kepada pembuatan instant shawl.


1.  Instant Shawl yang hanya dijahit bawah dagu.
Yang ini masih kena lilit kain selebihnya ke atas kepala dan perlu letak pin di sebelah pipi montok. Daripada gambar sahaja, adalah sukar untuk kenalpasti samada ia jahit di bawah dagu  atau tidak, so sebelum beli  tanya penjual dulu apakah jenis instant shawl tersebut

2. Instant Shawl Jahit keliling
Semua telah di jahit, tinggal sarung saja. Kalau nak pakai pin atau brooch pun, boleh pakai di atas bahu kiri atau/dan kanan supaya shawl  tak ke hulu ke hilir melambai-lambai tatkala ditiup angin.


Jahit Keliling Paddle Pop
3. Instant shawl 2 Muka
Shawl ini agak mengelirukan kepada first timer yang ingin memakainya. Walaubagaimanapun, trick memakainya adalah anda perlu  tahu di mana bahagian bawah dagu shawl tersebut, seterusnya sarung ke muka, kemudian sarung sekali lagi bahagian luarnya.

4.  Instant shawl dengan inner
Inner merujuk kepada anak tudung. Selalunya instant shawl yang memerlukan inner, bukaan mukanya  dijahit dijahit agak luas. Jadi  jika anda jumpa instant shawl yang mukanya gedobos tika disarung, itu tandanya anda memerlukan anak tudung di dalam.


Jahit Keliling Bunga-bunga
Nama-nama shawl seperti instant shawl paddlepop, instant shawl butterfly, instant shawl two tone dan sebagainya adalah merujuk kepada corak atau bentuk pola shawl tersebut.

Apakah beza instant shawl dengan tudung lycra sarung atau tudung Syria atau tudung chiffon beropol dengan brooch besar di dada?

Ya, untuk mengenal instant shawl senang saja. Jika anda melihat ada lebihan kain atau juntaian kain di salah satu sisi tudung, maka ia adalah di kira instant shawl. 

Semoga panduan ini dapat membantu anda memilih instant shawl yang bersesuaian dan tidak pening-pening kepala lagi terutama kepada yang baru dan sedang berjinak-jinak untuk memakai tudung.

Instant Shawl Satu Lapis

Gambar adalah ihsan Google.com
Semua isi kandungan artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, dan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau telah tiada. Asaryna Creation. 1 Februari 2015.